October 22, 2014 di 9:01 AM Diposkan oleh Extraordinary 0 Comments

CARA-CARA MENJADI PELAJAR CEMERLANG
Isu-isu yang berkaitan dengan kecemerlangan pelajar kerap menjadi paparan televesyen dan surat khabar. Hal ini semakin hangat diperkatakan apabila keputusan PMR dan SPM dikeluarkan. Pada pandangan saya, semua pelajar berusaha untuk menjadi pelajar cemerlang. Beberapa perkara mesti dilakukan oleh seseorang pelajar itu jika dia mahu menjadi pelajar yang cemerlang.
1.Memiliki Sikap Rajin
Antara cara-cara menjadi pelajar cemerlang ialah pelajar mesti memiliki sikap rajin. Pelajar mesti rajin membaca buku di sekolah dan juga di rumah. Pelajar juga mesti rajin menyiapkan kerja rumah yang diberikan oleh guru dan mereka perlu bertanya kepada guru jika mereka tidak faham tentang sesuatu perkara atau topic. Apabila peperiksaan, pelajar mesti mengulang kaji pelajaran dengan legih bersungguh-sungguh lagi.
2.Displin Diri
Selain itu, pelajar juga mesti mempunyai displin diri yang tinggi. Pelajar mesti menepati masa dan menggunakan masa yang ada dengan sebaik mungkin. Oleh itu, sewajarnyalah pelajar mempunyai jadual belajar yang lengkap dan mereka mesti mematuhi jadual belaar tersebut. Pada masa lapang pula pelajar mesti melakukan aktiviti berfaedah seperti membaca bahan ilmiah dan melayari internet bagi menambahkan lagi pengetahuan mereka.
3.Menghormati Ibu Bapak Dan Guru
Jika pelajar ingin cemerlang dalam pelajaran, pelajar mestilah sentiasa menghormati ibu bapa dan guru-guru. Pelajar juga mesti mendengar nasihat ibu bapa dan guru-guru. Pelajar mesti menerima teguran ibu bapa dan guru-guru dengan fikiran yang terbuka dan positif. Pelajar juga mesti menyayangi ibu bapa dan guru-guru agar pelajar juga akan sentiasa disayangi dan diberkati.
4.Aktif Dalam Kokurikulum
Di samping itu, pelajar juga mesti aktif dalam aktiviti kokurikulum. Terdapat banyak faedah jika pelajar mengikuti aktiviti kokurikulum. Antara faedahnya ilah pelajar yang menyertai aktiviti kokurikulum akan menjadi cergas dan mereka juga dapat menambahkan pengetahuan serta pengalaman. Selain itu, terdapat pengetahuan dalam bidang kokurikulum yang dapat membantu pelajar semasa menjawab soalan peperiksaan.
5.Menjaga Kesihatan Diri
Pelajar yang cemerlang juga akan menjaga kesihatan diri. Sesungguhnya, kesihatan yang baik membolehkan pelajar menumpukan sepenuh perhatian kepada pelajar. Dengan kesihatan yang baik juga, pelajar dapat mengulang kaji pelajaran dengan baik terutama ketika menjelang peperiksaan. Semasa hari peperiksaan pula, pelajar yang mempunyai kesihatan yang baik akan menjawab soalan-soalan peperiksaan dengan baik.

Sebagai kesimpulan, terdapat beberapa cara yang perlu dilakukan oleh pelajar untuk menjadi pelajar cemerlang. Ibu bapa perlu membantu anak-anak dalam menyediakan kemudhan belajar. Pada pendapat saya, pihak sekolah perlu mengadakan program-program motivasi agar mereka terdorong untuk menjadi pelajar yang cemerlang. Pelajar pula mestilah membuat persediaan lebih awal dalam menghadapi peperiksaan agar mereka boleh menjadi pelajar yang cemerlang.

0 Responses so far.

Post a Comment